Program STEM IOT Kolaj KEMAS Kaktus 1, 2,3 dan 4

9 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2023 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Program STEM IOT Kolaj KEMAS Kaktus 1, 2,3 dan 4. Program ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 42 orang pelajar telah menyertai kelas ini. Kelas ini juga turut dibantu oleh Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 serta Pengurus Presint 9 Fasa 10 dan tiga orang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.00 pagi dan diakhiri pada jam 11.30 pagi.

Program Kolaj ini bertemakan “Free Palestine” bagi mengenangkan nasib saudara umat Islam disana yang sedang berperang. Program dimulakan dengan nyanyi lagu Atouna el Toufoule. Bagi aktiviti STEM pula, adik-adik diberikan sehelai kertas bergambar bendera Palestine dan tembikai. Kemudian adik-adik diberikan kertas warna. Kertas warna dikoyakkan kemudian ditampal mengikut warna yang diajar oleh staff PEDi. Adik-adik turut membawa pensil warna untuk mewarna huruf-huruf didalam kolaj yang disediakan. Kelas diakhiri dengan sesi nyanyi lagu Omar dan Hana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas